Followers

Wednesday, 30 October 2013

surat buat sang Adam

Duhai sang adam..
Ku kirimkan rasa hati ini buatmu,
Berikan aku ruang untuk jelaskan yang terbuku,
Ini rasaku..

Duhai adam,
Mengapa gelar aku sombong,
Mengapa kau katakan aku angkuh,
Saat aku tidak membalas sapaanmu,
Di alam maya,
Di dunia realiti..

Adam,
Bukankah kau juga yg berkata,
Aku ini hawa,
Harus jadi mahal,
Harus jaga harga diri,
Harus pelihara yang dimiliki...

Lantas,
Kenapa kalian juga yang cuba-cuba mendekati?
biar apa alasanmu,
Hawa juga punya alasan tersendiri,
Kami mahu dihormati, dilindungi..

Adam,
Apa kata kau dan aku,
Dia, mereka, kita semua termasuk hawa,
Sama-sama menjaga,
Batas-batas didalam kita bergaul,
Agar tidak terjadi fitnah,
Agar terpelihara maruah,
Tidak salah rasanya bertegur sapa,
Namun harus ada batasnya..

Maafkan aku andai kata-kata ini ibarat memghukummu.
Maafkan juga andai aku sendiri yg salah pada hakikatnya..

Dariku.. hawa lemah yang sedang mencari kekuatan melalui redhaNya..

Tuesday, 29 October 2013

bukan tiada jodoh, tapi belum masanya

Bila kita sedih, bila putusnya kasih yang pernah terjalin, seringkali kita kita menyalahkan takdir. "Dah takdir.. apa boleh buat" "tak ada jodoh, nak buat macam mana" "dah macam ni nasib aku, terima je lah"..

Begitu tegar kita menyalahkan yang sudah tertulis. Tahu dimanakah kita tiada jodoh? Tahudimana kita berjodoh dengan siapa? Mungkin ya. Tiada jodoh antara kamu. Tp mungkin juga Allah mahu memelihara serta melindungi kau dan dia sebelum tiba "masanya".

Masanya akan tiba wahai jiwa-jiwa yang masih berharap, jiwa-jiwa yang sentiasa positif dengan setiap ketentuanNya. Doa.. hanya itu kekuatan yang perlu kau ada. Jiwa yang masih mengharap dengan sepenuh jiwa hanya padaNya. Percayalah, akan ada yang terbaik buatmu tika tiba masanya. Usah berputus asa. Bina kekuatan melalui kesabaran. Baiki diri.. dengan izinNya.. ada jalan buatmu..

Monday, 5 August 2013

apabila hati ini terlalu merindui dia

Allahhu.. hati ini terlalu dalam merindui si dia. Si dia yg bukan milikku. Bukan halal bagiku. Ya Allah, apa lagi harus aku lakukan untuk menolak rsa ini. Aku takut terperangkap dengn minan nafsu. Kau jagalah hati ini, jagalah jiwa yg lemah ini agar jauh dari  perkara terlarang itu. 

Allahhu.. laykkah diri ini masih mengharap pada dia yg padaku sudah cukup smpurna sbgai manusia? Layakkah aku? Ya Allah, hati ini merintih.. pedih.. takut kehilangan..

Namun janjiMu itu pasti. tulang rusuk itu pasti tak akn tertukar tuannya. Cuma menunggu, menanti detik terindah itu terjadi dlm hidup.. atau mungkin cuma berlaku tika dalm mimpi dan lenaku.. aku redha dengan ketentuanMu.. 

Cuma terkadang aku terlalu rapuh. Allah. Ku pohon secebis kekuatan dan kesabaran dariMu untuk menghdapi semua ini.

Wednesday, 17 July 2013

DIA aturkan yang terbaik buatku

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

apa khabar semua si cantik dan manis? cantik dengan iman, manis dengan adabnya. harap semuanya baik-baik belaka. 


pernah tak kita rasa Allah sedang menguji kita dengan pelbagai ujian. terkadang seperti tiada lagi jalan untuk keluar. lalu, kita mula bersangka buruk dengan Allah. kita mula mula memikirkan yang Allah tidak mahu menolong atau memudahkan kita. 


teman.. kenapa begitu cepat berputus asa. kenapa tidak yakin bahawa pertolongan Allah itu sentiasa ada. bezanya cuma, cepat, lambat, atau dlm cara yang pelbagai, yang kita sendiri tak terfikir. teman, bukan kamu sahaja yang begitu, aku juga terkadang lalai. namun satu per satu hikmah dan pertolongan yang Allah beri buat aku tersedar. aku tak mahu kamu lalai seperti aku. ruginya hidup apabila tidak bersyukur.


kisahnya, aku perlu menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di kl. kl tu terlalu asing bagi aku. aku tak tahu selok belok disana. dimana aku nak tinggal dan sebagainya. ketika aku mendapat tawaran tu juga lah, saudara aku yang tinggal di kl yang menjadi harapan aku di sana nanti, berpindah pulang ke kampung. terkontang kanting aku mencari jalan keluar. tapi mama selalu pesan, doa.. doa.. doa.. semoga segalanya dipermudahkan.


tiba-tiba ada sorang kawan yang mendapat tmpat berdekatan kawasan yang sama dan sedang cari kawan untuk menyewa. alhamdulillah. urusan mencari rumah dipermudahkan. 1 lagi masalah. aku tiada kenderaan untuk ke tempat kerja. kawan aku kata, rumah yang disewa berdekatan dengan public transport. cuma perlu berjalan kaki. alhamdulillah. sekali lagi Allah permudahkan. takut jugak aku nak ke sana sini sendirian di sana. kawan aku pergi ke kl utk melihat keadaan disana. dan katanya, tempat kerja kami dekat-dekat. jalan kaki je. alhamdulillah. ada jugak kawan nk pergi kerja skali. ada jugak senior yg cakap, senang lah aku tinggal di kl. nant dia boleh ajarkan buat thesis. Allahu.. satu kesulitan, diiringan pelbagai kemudahan dan nikmat. 


"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan?"


31 kali ayat ini diulang dalam surah Ar-Rahman.
jangan lah terlalu sombong untuk mengucapkan terima kasih pada Sang Pencipta, Pemberi Rahmat, Allah SWT.

p/s: teman, doakan yang terbaik buatku. begitu juga aku mendoakan yang terbaik buat kalian semuanya

Wednesday, 26 June 2013

biarku jauh mencari kekuatan

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

bukan senang melepaskan seseorang yang kita sayang. seseorang yang selalu ada disamping kita sebelum ini. seseorang yang sering mengukir senyum dan tawa. namun inilah hakitkatnya. tidak ada yang kekal selain Allah. 


cinta manusia takkan pernah kekal. semuanya akan pudar, layu dan hilang atas sebab tersendiri. itulah qada qadar. untuk apa lagi mahu bersedih atas sesuatu yg tak sepatutnya. dia bukan yg halal bagiku. 


ini permulaan langkah baru. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya dapat pelihara diri dari dosa zina dan seumpamanya. bersihkan hati, bersihkan jiwa. cinta lah yang Kekal abadi, Allah. jangan takut untuk berjalan sendiri, dan merasa sunyi, kerna Allah sentiasa disisi. 


dan buat dia yg masih aku sayangi, aku mengharapkan akan ada jalan yg halal buat kita satu hari nanti. dan aku menjauhkan diri bukan kerana benci. aku menjauhkan diri bukan kerana aku tidak menerima qada dan qadar. aku menjauhkan diri kerana aku tak mampu hanya memandang sepi wajah yang aku sayang tapi x dapat disentuh walau dengan hati.


aku jauhkan diri juga kerna aku takut suatu hari, harapanku berkubur tanpa rela. kerna kau mungkin bukan untukku. aku perlu biasakan diri hidup tanpa bayangmu walau sekilas. jadi andai nant tiba satu hari dimana kau terus menjauh dan memilih bukan aku, ketika itu aku lebih kuat untuk menerima.

Sunday, 23 June 2013

nisfu sya'ban

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

nisfu sya'ban. hari dimana buku amalan ditukar. terlalu rindu hati ini mahu kembali padaMu ya Allah. aku mahu menutup buku lamaku dengan kenangan lalu. aku jadi takut. cukukah amalanku. entah bertimbun dosaku. 


Allahhu.. aku mohon Kau ampunkan dosaku di masa lalu. jangan Kau bolak balikkan lagi hati ini, saat aku mahu kembali padamu. aku serahkan bulat-bulat diriku kepadanya wahai Penciptaku. aku yakin dengan setiap aturanMu. 


harapanku.. moga buku lama ku ditutup dengan baik dan diampun segala dosa lalu. biarlah aku membuka lembaran baru yang hanya penuh dengan warna warni cintaku buatMu juga cintaku buat kekasihMu. 


Kau permudahkanlah jalan ini bagiku. makbulkan doa dan impianku. temani setiap langkahku. tetapkan hatiku dijalanMu. istiqomah.. itu yg aku mahu. dengan izinMu ya Allah, tiada yg mustahil.berikan kebaikan kepadaku di dunia dan di akhirat. Amin.

Saturday, 22 June 2013

impianku tentang aurat

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

menutup aurat itu sememangnya dituntut di dalam Islam. WAJIB. tiada pengecualian, tiada alasan. aku berbicara mengenai aurat, bukan untuk menyindir yg lain. bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. tapi ini kisah diriku sendiri. sejujurnya aku bukanlah seorang yg sentiasa berpakaian menutup aurat. memang tudung tak pernah lekang. namun terkadang pakaianku ketat, tngan baju di lipat tinggi, stokin tidak pernah aku sarung. dan sejujurnya, sedikit pun aku tidak bangga dengan diri sendiri.


bagaimana untuk berbangga dengan diri yg berpakaian begitu. saban hari dicatatkan dosa buat diri ini. entah sudah berapa banyak dosaku. satu ketika, aku pandang remeh soal aurat. bukan sahaja diluar, malah di dlm rumah bersama rakan serumah dan sebilik. 


aku sedar, dan aku mahu menjadi yg lebih baik. memang aku lalai dan leka dalam hal ini. namun tahukah engkau yg memperkecilkan usahaku ini, betapa kuatnya dugaan untuk aku kembali ke jalanNya. bertapa aku mencuba menjadi lebih baik saban hari. 


benar, perkara baik jangan ditangguh-tangguh. hati ini juga ingin sekali menjadi yang lebih baik, berpakaian mengikut syarak. namun aku lakukan juga perlahan-lahan. biarlah hanya Dia yg memahami isi hati ini. aku mulakan dengan berpakaian menutup aurat di dalam rumah dan bilik. buang semua seluar pendek dan x cukup kain itu. aku bungkus semua baju2 yg terlalu menonjol dan singkat. aku x mahu pandang lagi. 


ya, aku tidaklah bertudung labuh apatah lagi berpurdah. aku baru terkial-kial melabuhkan tudung yg sedia ada. itupun kadang-kadang tersingkat juga. aku tidak punya banyak wang untuk berbelanja membeli semua pakaian baru. jadi, aku ulang-ulang memakai baju kurung yg ada. asalkan selesa dan menutup sedikit auratku berbanding sebelumnya. 


aku diperkecilkan , ditertawakan bila mahu mencuba menutup aurat. aku tidak berkecil hati. mungkin mereka hanya mahu bergurau. atau mungkin itu ujian dari Allah buat permulaan ku. 


impianku, aku mahu bertudung labuh menutup dada dan berstokin. teman, doakan impianku jadi kenyataan. aku terlalu mahu. Allah, makbulkan doaku, tunaikan impianku. amin

bukan hakku utk merinduimu

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

cinta itu fitrah. siapa aku untuk menafikan rasa ini. sedangkan Nabi Adam di dalam syurga yg serba lengkap pun merasa sunyi, sehinggalah diciptakan Hawa dari tulang rusuknya. namun cinta ini boleh membawa aku ke lembah penuh dosa apabila hati tidak dapat mengawal diri. dirantai nafsu yg tiada bertepi.


Allah, aku takut. aku takut rindu ini menjadi satu zina hati. merindu si dia yg bukan milikku, bukan hakku, lebih pedih, dia sendiri tidak mahukan aku. namun rindu itu tetap bertamu dalam setiap nafasku. 


aku takut ya Allah. aku takut rinduku padanya memebihi rinduku padaMu jua rinduku pada Kekasihmu, Rasulku. dia terlalu baik dan tidak sepadan buat diriku yg serba kekurangan. aku sering berperang dengan rasa ini. aku tidak mahu melebihkan sesiapa melebihi Mu. aku mahu mencintaiMu melebihi segala-galanya. aku mahu desah rindu ini hanya buatMu. 


Allahhu, ampunkan dosa laluku. ampunkan hati yg mudah merindu sesuatu yg bukan haknya. andai ingatanku kepadanya membuatku lalai dari mengingatimu, biarlah aku lupa padanya. cukuplah Engkau bagiku.


sayangku, bakal imamku.. aku tak tahu bagaimana takdirku. tapi harapku, kita kan bersatu. didik aku menjadi yg lebih baik. aku tak mahu kau terima aku seadanya. kerna seadanya aku, tidaklah sebaik mana. ubahlah aku jadi yg lebih baik. kerna impianku ingin bersamamu hingga ke jannah. aku mahu semua bidadari syurga cemburu dengan bidadarimu. jemput aku sebagai yg halal buatmu. In shaa Allah

Thursday, 30 May 2013

kecil yang besar

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

sesiapapun pasti akan merasa gembira dan teruja apabila sesuatu yang sudah lama diidam-idamkan, akhirnya menjadi kenyataan. dan sebagai manusia yg lemah apatah lagi ditambah dengan godaan syaitan dan nafsu, pasti terdetik walau sedikit rasa bangga di dalam diri. Nauzubillah. minta Allah lindungi kita dari rasa itu.


kita selalu lalai dan alpa serta menganggap perkara ini adalah remeh. walaupun kecil dimata kita, sungguh besar impaknya yang mungkin kita terima. Rasulullah SAW juga mengingatkan kita dalam hadis Baginda, “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”(Riwayat Muslim)


Astaghfirullahhal’azim.. Moga Allah ampunkan kita andai pernah terdetik rasa itu. seharusnya, semakin besar kejayaan kita, semakin kita mengecilkan diri, merendahkan hati. ikut kata nenek moyang kita, seperti resmi nya padi. makin tunduk makin berisi :) bukankah merendah diri itu lebih indah? bukan bermaksud menyimpan dan menyorokkan kejayaan kita semata-mata untuk diri sendiri. berkongsilah ilmu yang ada. namun hindari sifat riak dan takbur tatkala diri berada lebih tinggi dari hamba yang lain. 


teman, alangkah indah andai kau tinggikan azammu setinggi bintang dan kejora, dalam masa yang sama kau rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. keduanya indah untuk ditatapi dan dimiliki. 


teman, apabila bicaraku seperti ini, bukan bermakna sudah cukup lengkap diri ini. aku juga masih mencuba. dan tak salah kan kalau kita sama-sama menuju jalan yang lebih baik. in shaa Allah

Monday, 6 May 2013

Doa dimakbulkan dalam pelbagai cara


سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl



apa khabar teman-teman yg disayangi. semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

sebagai manusia kita tidak lari daripada pelbagai masalah dan bencana yang menimpa. orang-orang yang redha dan yakin dengan Allah akan menganggap semua dugaan itu sebagai ujian daripada Allah kerana Dia sayang akan hambaNya. jangan ragu.

saat diri diuji, jangan pernah menyalahkan takdir. berdoalah. ikhlaskan hati. dan Allah akan memakbulkan doa itu dlm pelbagai bentuk yang terkadang tak terjangkau dek minda. 

teman.. dulu aku pernah khilaf. aku manusia biasa. mudah tergoda dengan hasutan nafsu dan syaitan. bercouple. keluar sesuka hati dengan yang bukan mahram. tanpa pedulikan halal dan haram. astaghfirullah. terlalu banyak dosa aku. terkadang aku terfikir, sampai bila aku mahu seperti itu. aku diberi didikan agama, tetapi sikit sekali aku mengamalkannya. 

lalu, aku berdoa.. "Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku hanyut dalam indahnya godaan dunia Mu ini. dah terlalu banyak dosa kami. ampunkan kami. jauhkan kami dari hasutan nafsu dan maksiat. lembutkan hati kami untuk kembali ke jalan Mu. aku sudah tak terdaya dan aku tak tahu apa yang aku perlu buat. aku sayang dia. tapi cara kami salah Ya Allah.."

aku dapat merasakan perubahan sedikit demi sedikit selepas itu. aku bersyukur. namun, satu hari si dia meminta utk kami memutuskan hubungan ini dengan niat tidak mahu lagi terjerumus dengan dosa. aku sgt terkejut dan sedih. aku seperti tidak dapat menerima kenyataan. berhari-hari menangis tak henti-henti. menyalahkan takdir mungkin. jahilnya aku.

satu hari, aku terfikir, knapa harus bersedih, bukankah Allah memakbulkan doa ku. Allah jauhkan aku dari maksiat. Allah sayang aku. cuma aku tak sedar. aku buruk sangka dengan takdir Allah. sepatutnya aku redha dan gembira. sekurang kurangnya aku terlepas dari godaan nafsu dan maksiat. Alhamdulillah. walaupun terkadang rindu dan sayang itu masih ada, aku cuba dekatkan diri dengan Allah. sungguh, ketenangan yang aku dapat. in shaa Allah, andai ada jodoh antara kami, biarlah berlandaskan cinta pada Allah dengan cara yang halal. doakan aku ya teman =)

jadi, positif kan minda. bersangka baik dengan Allah. yakin dengan Allah, dekatkan diri dengan Allah. masih belum terlambat kan teman-teman.. in shaa Allah, secebis kisahku buat pedoman semua

Wednesday, 1 May 2013

sabar saat ditimpa bencana


سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Allah cukup menyayangi hambaNya. setiap ujian dan dugaan yang dititipkan kepada kita pasti diiringi dengan kasih sayang dariNya. Allah mahu menguji hambaNya. Dia rindu mahu kita sujud pandaNya. mengapa kita masih leka dan tidak mengambil ikhtibar dengan apa yang telah berlaku? mengapa masih lalai dalam mengingati Sang Pencipta. 


hawa... saat dirimu ditimpa ujian, bersabarlah. indahnya sabar tak dapat diungkap dengan kata. mudah diucap. namun, sabar itu memerlukan kekuatan dari dalam diri kita sendiri. andai kita sabar dan redha dengan ujian Allah, maka tenanglah hati kita. kita akan menjadi kuat dalam menempuh hari-hari mendatang. 


mengapa perlu gelisah? bukankah Allah sudah berfirman:
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali denga izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” [at Taghabun/64:11]


jadi, bersangka baiklah dengan Allah. manusia mana yang tidak diuji? =) tetapkan iman, kuatkan diri. biar sebesar mana ujian yang dihadapi, terapkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri.diri ini juga terkadang lemah dek ujian dan cabaran. bangunlah selagi mampu. bersama memburu cinta Allah yang hakiki.

ilmu aku tiada sehebat mana

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Teman.. ilmu yang aku miliki tidaklah sehebat mana.. namun selama hayatku, masih ada memori-memori yang dapat aku kongsikan bersama kalian. kisahku juga tiada sehebat mana. namun hanya itu yang aku ada untuk dikongsi bersama mu teman. anggaplah nukilanku khas buatmu. 
teman, walau kita tak pernah bersua muka dan berbicara, aku doakan yang terbaik buat kalian..
secebis pengalaman ini jadikanlah pedoman, istimewanya buat kaum hawa =)