Followers

Wednesday, 26 June 2013

biarku jauh mencari kekuatan

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

bukan senang melepaskan seseorang yang kita sayang. seseorang yang selalu ada disamping kita sebelum ini. seseorang yang sering mengukir senyum dan tawa. namun inilah hakitkatnya. tidak ada yang kekal selain Allah. 


cinta manusia takkan pernah kekal. semuanya akan pudar, layu dan hilang atas sebab tersendiri. itulah qada qadar. untuk apa lagi mahu bersedih atas sesuatu yg tak sepatutnya. dia bukan yg halal bagiku. 


ini permulaan langkah baru. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya dapat pelihara diri dari dosa zina dan seumpamanya. bersihkan hati, bersihkan jiwa. cinta lah yang Kekal abadi, Allah. jangan takut untuk berjalan sendiri, dan merasa sunyi, kerna Allah sentiasa disisi. 


dan buat dia yg masih aku sayangi, aku mengharapkan akan ada jalan yg halal buat kita satu hari nanti. dan aku menjauhkan diri bukan kerana benci. aku menjauhkan diri bukan kerana aku tidak menerima qada dan qadar. aku menjauhkan diri kerana aku tak mampu hanya memandang sepi wajah yang aku sayang tapi x dapat disentuh walau dengan hati.


aku jauhkan diri juga kerna aku takut suatu hari, harapanku berkubur tanpa rela. kerna kau mungkin bukan untukku. aku perlu biasakan diri hidup tanpa bayangmu walau sekilas. jadi andai nant tiba satu hari dimana kau terus menjauh dan memilih bukan aku, ketika itu aku lebih kuat untuk menerima.

Sunday, 23 June 2013

nisfu sya'ban

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

nisfu sya'ban. hari dimana buku amalan ditukar. terlalu rindu hati ini mahu kembali padaMu ya Allah. aku mahu menutup buku lamaku dengan kenangan lalu. aku jadi takut. cukukah amalanku. entah bertimbun dosaku. 


Allahhu.. aku mohon Kau ampunkan dosaku di masa lalu. jangan Kau bolak balikkan lagi hati ini, saat aku mahu kembali padamu. aku serahkan bulat-bulat diriku kepadanya wahai Penciptaku. aku yakin dengan setiap aturanMu. 


harapanku.. moga buku lama ku ditutup dengan baik dan diampun segala dosa lalu. biarlah aku membuka lembaran baru yang hanya penuh dengan warna warni cintaku buatMu juga cintaku buat kekasihMu. 


Kau permudahkanlah jalan ini bagiku. makbulkan doa dan impianku. temani setiap langkahku. tetapkan hatiku dijalanMu. istiqomah.. itu yg aku mahu. dengan izinMu ya Allah, tiada yg mustahil.berikan kebaikan kepadaku di dunia dan di akhirat. Amin.

Saturday, 22 June 2013

impianku tentang aurat

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

menutup aurat itu sememangnya dituntut di dalam Islam. WAJIB. tiada pengecualian, tiada alasan. aku berbicara mengenai aurat, bukan untuk menyindir yg lain. bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. tapi ini kisah diriku sendiri. sejujurnya aku bukanlah seorang yg sentiasa berpakaian menutup aurat. memang tudung tak pernah lekang. namun terkadang pakaianku ketat, tngan baju di lipat tinggi, stokin tidak pernah aku sarung. dan sejujurnya, sedikit pun aku tidak bangga dengan diri sendiri.


bagaimana untuk berbangga dengan diri yg berpakaian begitu. saban hari dicatatkan dosa buat diri ini. entah sudah berapa banyak dosaku. satu ketika, aku pandang remeh soal aurat. bukan sahaja diluar, malah di dlm rumah bersama rakan serumah dan sebilik. 


aku sedar, dan aku mahu menjadi yg lebih baik. memang aku lalai dan leka dalam hal ini. namun tahukah engkau yg memperkecilkan usahaku ini, betapa kuatnya dugaan untuk aku kembali ke jalanNya. bertapa aku mencuba menjadi lebih baik saban hari. 


benar, perkara baik jangan ditangguh-tangguh. hati ini juga ingin sekali menjadi yang lebih baik, berpakaian mengikut syarak. namun aku lakukan juga perlahan-lahan. biarlah hanya Dia yg memahami isi hati ini. aku mulakan dengan berpakaian menutup aurat di dalam rumah dan bilik. buang semua seluar pendek dan x cukup kain itu. aku bungkus semua baju2 yg terlalu menonjol dan singkat. aku x mahu pandang lagi. 


ya, aku tidaklah bertudung labuh apatah lagi berpurdah. aku baru terkial-kial melabuhkan tudung yg sedia ada. itupun kadang-kadang tersingkat juga. aku tidak punya banyak wang untuk berbelanja membeli semua pakaian baru. jadi, aku ulang-ulang memakai baju kurung yg ada. asalkan selesa dan menutup sedikit auratku berbanding sebelumnya. 


aku diperkecilkan , ditertawakan bila mahu mencuba menutup aurat. aku tidak berkecil hati. mungkin mereka hanya mahu bergurau. atau mungkin itu ujian dari Allah buat permulaan ku. 


impianku, aku mahu bertudung labuh menutup dada dan berstokin. teman, doakan impianku jadi kenyataan. aku terlalu mahu. Allah, makbulkan doaku, tunaikan impianku. amin

bukan hakku utk merinduimu

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

cinta itu fitrah. siapa aku untuk menafikan rasa ini. sedangkan Nabi Adam di dalam syurga yg serba lengkap pun merasa sunyi, sehinggalah diciptakan Hawa dari tulang rusuknya. namun cinta ini boleh membawa aku ke lembah penuh dosa apabila hati tidak dapat mengawal diri. dirantai nafsu yg tiada bertepi.


Allah, aku takut. aku takut rindu ini menjadi satu zina hati. merindu si dia yg bukan milikku, bukan hakku, lebih pedih, dia sendiri tidak mahukan aku. namun rindu itu tetap bertamu dalam setiap nafasku. 


aku takut ya Allah. aku takut rinduku padanya memebihi rinduku padaMu jua rinduku pada Kekasihmu, Rasulku. dia terlalu baik dan tidak sepadan buat diriku yg serba kekurangan. aku sering berperang dengan rasa ini. aku tidak mahu melebihkan sesiapa melebihi Mu. aku mahu mencintaiMu melebihi segala-galanya. aku mahu desah rindu ini hanya buatMu. 


Allahhu, ampunkan dosa laluku. ampunkan hati yg mudah merindu sesuatu yg bukan haknya. andai ingatanku kepadanya membuatku lalai dari mengingatimu, biarlah aku lupa padanya. cukuplah Engkau bagiku.


sayangku, bakal imamku.. aku tak tahu bagaimana takdirku. tapi harapku, kita kan bersatu. didik aku menjadi yg lebih baik. aku tak mahu kau terima aku seadanya. kerna seadanya aku, tidaklah sebaik mana. ubahlah aku jadi yg lebih baik. kerna impianku ingin bersamamu hingga ke jannah. aku mahu semua bidadari syurga cemburu dengan bidadarimu. jemput aku sebagai yg halal buatmu. In shaa Allah