سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
cinta itu fitrah. siapa aku untuk menafikan rasa ini. sedangkan Nabi Adam di dalam syurga yg serba lengkap pun merasa sunyi, sehinggalah diciptakan Hawa dari tulang rusuknya. namun cinta ini boleh membawa aku ke lembah penuh dosa apabila hati tidak dapat mengawal diri. dirantai nafsu yg tiada bertepi.
Allah, aku takut. aku takut rindu ini menjadi satu zina hati. merindu si dia yg bukan milikku, bukan hakku, lebih pedih, dia sendiri tidak mahukan aku. namun rindu itu tetap bertamu dalam setiap nafasku.
aku takut ya Allah. aku takut rinduku padanya memebihi rinduku padaMu jua rinduku pada Kekasihmu, Rasulku. dia terlalu baik dan tidak sepadan buat diriku yg serba kekurangan. aku sering berperang dengan rasa ini. aku tidak mahu melebihkan sesiapa melebihi Mu. aku mahu mencintaiMu melebihi segala-galanya. aku mahu desah rindu ini hanya buatMu.
Allahhu, ampunkan dosa laluku. ampunkan hati yg mudah merindu sesuatu yg bukan haknya. andai ingatanku kepadanya membuatku lalai dari mengingatimu, biarlah aku lupa padanya. cukuplah Engkau bagiku.
sayangku, bakal imamku.. aku tak tahu bagaimana takdirku. tapi harapku, kita kan bersatu. didik aku menjadi yg lebih baik. aku tak mahu kau terima aku seadanya. kerna seadanya aku, tidaklah sebaik mana. ubahlah aku jadi yg lebih baik. kerna impianku ingin bersamamu hingga ke jannah. aku mahu semua bidadari syurga cemburu dengan bidadarimu. jemput aku sebagai yg halal buatmu. In shaa Allah


No comments:
Post a Comment